Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, 1 August 2013

TIP MENINGKATKAN KESUBURAN BAGI YANG SUKAR HAMIL


   https://drive.google.com/uc?export=view&id=14eX8EmItrYtOJI4AgvVc3KljNPCH3mel
  1. Amalkan gaya hidup yang sihat. Rajinkan diri melakukan senaman. Seminggu paling elok amalkan 3-4 kali bersenam sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi membantu mengekalkan berat badan ideal. Apabila berat badan ideal makanya kitaran haid dan ovulasi akan berlaku secara lebih teratur. Untuk para suami pula jika rajin bersenam membantu membakar lemak dan meningkatkan hormon testosteron (hormon lelaki).  https://drive.google.com/uc?export=view&id=10JHjgeFEIWKqIq4qa5J32iWqwg7glWgY

  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang membolehkan badan dan organ berfungsi secara teratur dan sihat. Elakkan amalkan makanan yang banyak lemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula. Paling elok amalkan makanan tambahan seperti susu al-khisbun untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.     https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tZPqJNjBRux4inUjHSnzVRwD0ino5A1r
  3. Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma para suami paling terbaik ialah berhenti merokok.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uiZRk69UU-m-SCS--EId_PvmCPPImfea
  4. Untuk meningkatkan peluang kehamilan, kerapkan berhubungan kelamin ketika waktu subur (hari ke12 hingga 16). Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=11Qx7i1zD3kGkygK6J7UmLoeZHB-6twBQ
  5. Untuk para suami seeloknya elakkan memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau bersauna. Bersauna elok untuk isteri tetapi tidak elok untuk sperma lelaki.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=1z-AJ3WzHXUVCGM0xi5J8z5m5iXaYye6n
  6. Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur, senggugut teruk, keputihan teruk serta sakit ketika waktu haid (dysmenorhea) kerana kemungkinanannya ialah wanita mengalami masalah hormon tidak stabil.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=18G9kr9pqqtiuPgknxFPTth3sUBTGK-TF
  7. Sentiasalah berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan serta cuba dapatkan sokongan keluarga serta rakan-rakan serta elakkan dari mudah stress dan tertekan.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xu1LjfZoox7jeVuwn9C79ZuKPX2E1fRQ
  8. Elakkan dari tekanan kerja kerana ianya boleh menyebabkan penurunan kualiti sperma seperti sperma tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tbFPtSbOQmO9TmHMbLkp-jzUw6qtPipt
  9. Kurangkan penggunaan telefon @ smartphone yang berlebihan. Luangkan lebih masa dengan isteri berbanding smartphone.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=18vZXM1S0Vv927O0NvCtzJZlN8xnC1Ebw
  10. Jangan guna pelincir ketika berhubungan suami isteri kecuali pelincir seperti conceive plus atau preseed. Ini kerana pelincir ini boleh meracun dan membunuh sperma dalam masa 30 minit sahaja. 


        https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZrmD7Orby5spXDhNQN0GoKogSwqzkzqh