Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, 2 August 2013

CARA-CARA UNTUK MENGANDUNG @ HAMIL SECARA SEMULAJADI


  1. Jaga pemakanan dan kawal berat badan. Jika berat badan berlebihan cuba kawal pemakanan dengan mengawal pengambilan gula. Gula tidak semestinya makan manis sahaja tetapi termasuk juga dengan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Cuba amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Boleh juga amalkan diet atkins. Boleh juga amalkan susu al-khisbun dan hulba yang kaya dengan khasiat dan zat-zat untuk isteri dan suami. Amalkan berterusan selama berbulan-bulan. Kebiasaannya jika tiada banyak masalah, pasangan akan mudah hamil dalam masa mengamalkan susu al-khisbun dan hulba selama sebulan atau 2 bulan. Tetapi jika ada masalah yang serius paling terbaik ialah amalkan lebih lama sehinggalah hamil kerana proses untuk menyihatkan dalaman yang bermasalah akan mengambil masa yang agak lama. Dan paling penting ialah jangan lupakan pengambilan asid folik. Amalkan asid folik serta makanan superfood seperti susu al-khisbun dan juga hulba.
  2. Banyakkan berdoa dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Penulis dan pemilik marihamil.com pernah mengamalkan sentiasa bersedekah kepada anak yatim kemudiannya hamil secara semulajadi
  3. Jangan menggunakan skincare yang bermerkuri tinggi. Terutamanya skincare timbang kilo. Tersangatlah merbahaya. Amalkan pencuci muka yang berasaskan organik. Pastikan memang betul-betul organik. 
  4. Selepas haid habis, rajinkan berurut. Ikut panduan berurut Fertility seperti di dalam video dibawah. Paling terbaik ialah berurut menggunakan Fertee Oil kerana kandungan didalamnya terdapat bahan kandungan yang boleh meningkatkan kesuburan wanita.    
  5. Rajinkan menggunakan Ovulation Predictor Kits (OPK) untuk mengetahui waktu subur atau waktu ovulasi berlaku iaitu hari di mana telur akan keluar. Jika didapati 2 garis keluar pada OPK, mamakala 1 lagi pudar kemungkinan 72 jam lagi akan berlaku hari ovulasi anda. Namun begitu, anda digalakkan melakukan persenyawaan bersama suami lebih kerap pada waktu ini kerana sperma yang sihat dijadikan boleh hidup lama dalam rahim iaitu selama 4-5hari walaupon telur wanita hanya hidup selama 24jam atau 36jam.
  6. Rajinkan bersenam juga bersenam setiap hari sekurang-kurangnya selama 20 minit.  




Thursday, 1 August 2013

TIP-TIP CEPAT HAMIL



Harap maklum, Set Marihamil adalah merupakan makanan tambahan untuk kesuburan dan bukannya ubat walaubagaimanapun ramai pelanggan kami yang mengalami masalah kehamilan yang telah b­erjaya ­­­­­hamil setelah mengamalkan Set Marihamil setiap bulan. Akan tetapi ianya bukan satu gerenti. Itu semua tertakluk kepada kuasa Allah dan tahap kesuburan tuan / puan.

Bagi mereka yang mengambil supplemen lain adalah dinasihatkan agak menjarakkan kira-kira 1 jam dari tempoh pengambilan ubat tersebut sebelum mengambil Set Marihamil. Ianya tidak merbahaya cuma kadang-kadang ianya akan membuat pengguna berasa badan panas kerana kandungan herba arab dalam Set Marihamil agak tinggi. Makanya perlu menjarakkan pengambilannya selama 1 jam.

Beberapa tips diberikan di bawah :-
  • Terus amalkan Set Marihamil untuk rawatan rahim dan kualiti benih (tidak perlu minum semasa waktu  haid atau sebaik sahaja disahkan mengandung atau sewaktu demam)
  • Amalkan mandi sauna herba sekurang-kurangnya 1 x sebulan bagi mengatasi masalah kolestrol dalam darah.
  • Makan madu yang bercampur dengan serbuk kayu manis pada setiap pagi. Campurkan 1 sudu besar serbuk kayu manis dengan 1kg madu dan ambil pada setiap pagi, untuk mengeluarkan kekotoran dalam badan. Mulakan sebaik sahaja selepas jalani mandi sauna yang pertama ATAU selepas menyapu fertee oil.
  • Buat rawatan urut atau sengkak sekurang-kurangnya sekali (wanita sahaja)
  • Banyakkan minum air masak bagi menstabilkan suhu badan (sekurang-kurangnya 5 gelas sehari)

Tip ringkas mudah hamil (perhubungan seksual)
    
Petua mudah hamil kali ini akan mengfokuskan kepada cara pehubungan seksual anda.mungkin anda mempunyai satu persepsi apabila bersetubuh saja pasti akan mengandung..ANDA SILAP! sekiranya anda melakukan hubungan intim itu salah atau tidak kena pada masanya. jom kita sama-sama lihat beberapa tips mengenai cara untuk cepat hamil dari aspek perhubungan ...seksual. AMARAN-ini merupakan perkongsian ilmu seksual bukan membincangkan perkara lucah!

Tips Pertama

30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.

Tips Kedua

setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.

Tips Ketiga

jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.

Tips Keempat
lakukan persetubuhan pada hari yang subur (biasanya hari ke 14)sekurang-kurangnya 5 kali..=)

Tips Kelima

sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

Tips Keenam

gunakan teknikTok Janggut dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan. 

Tips Ketujuh

cuba teknik che siti wan kembang dari kelantan iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.

Tips Kelapan

petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.

Itulah serba sedikit petua mudah hamil dalam melakukan hubungnan seks bersama dengan pasangan anda.diharap ianya memberi manfaat dan idea kepada anda.selamat mencuba! 


KEGUGURAN?

Jika keguguran sekali dalam hidup, ia bolih dianggap biasa. Tapi jika berulang-ulang ia membimbangkan. Antara punca-punca gugur ialah :-

1. Cacat baka berlaku ketika percantuman benih dan telor.
2. Penyakit dalam rahim dan ovary - endometriosis, fibroids, PCOS, ovarian cyst dll
3. Jangkitan kuman dalam darah- toxoplasmosis, CMV dan herpes virus.
4. Penyakit2 khususnya kencing manis.
5. Stress fizikal dan mental
6. Keracunan

jom cuba produk Marihamil yang mampu merawat rahim dan sperma yg bermasalah -www.marihamil.com


PUNCA MASALAH KESUBURAN LELAKI

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.

Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan. 

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

Faktor Penyebab 

  • Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma
  • Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat
  •  Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi


Rawatan pembedahan dan perubatan 

Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikular perlu dikenal pasti sebab, ubatan     atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal. 

Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter
Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur

Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.


Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 

  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
  • Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
  • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
  • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
  • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
  • Pakai seluar dalam longgar
  • Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda 
  • Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
  • Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.
  • Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 
  • Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda
  • CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 
  • Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.
  • Makanan semula jadi lebih baik daripada pil
  • Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 
  • Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.
  • Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 
  • Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
  • Makanan semulajadi daripada sumber laut adalah `rakan.' 
  • B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma 
  • Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.
  • Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 
  • Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.
  • L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.
  • Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok. 
  • Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal. 
  • Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma. 
  • Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron. 
  • Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/22
Sumber: Harian Metro
    
WAKTU SUBUR WANITA

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
  • Untuk memudahkan mendapat zuriat
  • Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitar Haid
    
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

 Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28
  
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.


TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YG INGIN HAMIL

1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.

2. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim

3. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress ketika mengambil apa-apa produk kesuburan.


4. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.  

TIP MENINGKATKAN KESUBURAN BAGI YANG SUKAR HAMIL


   https://drive.google.com/uc?export=view&id=14eX8EmItrYtOJI4AgvVc3KljNPCH3mel
  1. Amalkan gaya hidup yang sihat. Rajinkan diri melakukan senaman. Seminggu paling elok amalkan 3-4 kali bersenam sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi membantu mengekalkan berat badan ideal. Apabila berat badan ideal makanya kitaran haid dan ovulasi akan berlaku secara lebih teratur. Untuk para suami pula jika rajin bersenam membantu membakar lemak dan meningkatkan hormon testosteron (hormon lelaki).  https://drive.google.com/uc?export=view&id=10JHjgeFEIWKqIq4qa5J32iWqwg7glWgY

  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang membolehkan badan dan organ berfungsi secara teratur dan sihat. Elakkan amalkan makanan yang banyak lemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula. Paling elok amalkan makanan tambahan seperti susu al-khisbun untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.     https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tZPqJNjBRux4inUjHSnzVRwD0ino5A1r
  3. Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma para suami paling terbaik ialah berhenti merokok.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uiZRk69UU-m-SCS--EId_PvmCPPImfea
  4. Untuk meningkatkan peluang kehamilan, kerapkan berhubungan kelamin ketika waktu subur (hari ke12 hingga 16). Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=11Qx7i1zD3kGkygK6J7UmLoeZHB-6twBQ
  5. Untuk para suami seeloknya elakkan memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau bersauna. Bersauna elok untuk isteri tetapi tidak elok untuk sperma lelaki.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=1z-AJ3WzHXUVCGM0xi5J8z5m5iXaYye6n
  6. Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur, senggugut teruk, keputihan teruk serta sakit ketika waktu haid (dysmenorhea) kerana kemungkinanannya ialah wanita mengalami masalah hormon tidak stabil.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=18G9kr9pqqtiuPgknxFPTth3sUBTGK-TF
  7. Sentiasalah berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan serta cuba dapatkan sokongan keluarga serta rakan-rakan serta elakkan dari mudah stress dan tertekan.    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xu1LjfZoox7jeVuwn9C79ZuKPX2E1fRQ
  8. Elakkan dari tekanan kerja kerana ianya boleh menyebabkan penurunan kualiti sperma seperti sperma tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tbFPtSbOQmO9TmHMbLkp-jzUw6qtPipt
  9. Kurangkan penggunaan telefon @ smartphone yang berlebihan. Luangkan lebih masa dengan isteri berbanding smartphone.   https://drive.google.com/uc?export=view&id=18vZXM1S0Vv927O0NvCtzJZlN8xnC1Ebw
  10. Jangan guna pelincir ketika berhubungan suami isteri kecuali pelincir seperti conceive plus atau preseed. Ini kerana pelincir ini boleh meracun dan membunuh sperma dalam masa 30 minit sahaja. 


        https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZrmD7Orby5spXDhNQN0GoKogSwqzkzqh

MASALAH KETIDAKSUBURAN


Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:

Gangguan Ovulasi

  • Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.

 👉 anda boleh menggunakan OPK (alat mengesan waktu subur) untuk mengesan bilakah waktu subur anda lebih tepat di www.marihamil.com ☺️

Gangguan Tiub Fallopio

Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk
  • Keradangan tiub fallopio
  • Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/kehamilan luar rahim.
  • Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
  • Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

👉 Untuk memulihkan semula sel-sel pada rahim yang sudah rosak anda digalakkan mengamalkan produk kesuburan no.1 di pasaran iaitu Susu Al-khisbun dan hulba dari www.marihamil.com

Endometriosis

  • Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah  tidak diketahui.



  👉 Untuk memulihkan semula masalah endometriosis ini anda digalakkan untuk mengamalkan produk kesuburan no.1 di pasaran iaitu set Susu al-khisbun dan hulba dari www.marihamil.com

Perubahan Kepada Uterus atau Serviks

  • Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.
 Kecacatan Sistem Pembiakan:
  • Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.
 Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
  • Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.


Gangguan Sistem Imunasi:
  • Pada kes-kes yang jarang berlaku, sistem imunasi yang cacat boleh menganggap telur atau sperma sebagai 'benda asing', dan menyerang telur atau sperma sebagai 'penceroboh'.
 Umur- Lewat Usia
  • Semakin lewat usia anda, peluang anda hamil adalah rendah. Ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan wanita. Walaubagaimanapun, ramai wanita lebih daripada 35 tahun juga mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat.

Apa-apa sahaja masalah ketidaksuburan jika dirawat insyaallah berjaya dirawat. Ramai sudah berjaya hamil selepas mengamalkan produk set susu al-khisbun dan hulba. Jika mengalami masalah serius seperti ketumbuhan cyst, fibroid, endo & kerap keguguran kami galakkan amalkan bersama-sama dengan fertee oil iaitu minyak terapi kesuburan. 

nak tahu mengenai produk Susu al-khisbun, hulba & fertee oil anda boleh pergi ke home kami atau tekan www.marihamil.com